admin@kipb.com.my +60 12-345 6789

Welcome to

KIPB.

We are team of talented directors for agriculture

About

Find Out More

KIPB

KIPB ialah singkatan kepada Koperasi Inovasi Pertanian Berhad, sebuah koperasi yang didedikasikan untuk memacu inovasi dan teknologi dalam sektor pertanian.

Peneraju Transformasi Pertanian Digital di Malaysia.

KIPB komited untuk membawa perubahan positif dalam industri pertanian melalui inovasi, teknologi digital, dan pendekatan mampan.

  • Visi

    Menjadi peneraju dalam inovasi pertanian di Malaysia dengan menyediakan penyelesaian berasaskan teknologi terkini dan penyelesaian blockchain yang berteraskan pendekatan ESG (alam sekitar, sosial, dan tadbir urus).

  • Misi

    Menyediakan platform pertanian yang inovatif untuk memperkenalkan teknologi digital dan inovasi bagi memperkasakan komuniti koperasi.

KIPB berperanan sebagai pemangkin pembangunan pertanian moden dengan menghubungkan komuniti, pelabur, dan usahawan melalui ekosistem pintar yang inklusif. Kami percaya bahawa kemajuan dalam pertanian perlu disokong oleh kerjasama strategik, teknologi pintar, dan pemerkasaan masyarakat luar bandar.

Objektif

Menetapkan hala tuju yang jelas dalam memacu pertumbuhan koperasi melalui strategi yang mampan, pemerkasaan kapasiti, dan pematuhan terhadap prinsip tadbir urus yang berintegriti.

Meningkatkan Kesedaran

Memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai potensi dan kepentingan inovasi dan digital dalam aktiviti ekonomi, terutama di sektor pertanian dan keusahawanan.

Memberi Aksesibiliti

Menyediakan akses yang mudah dan selamat kepada komuniti untuk mendapatkan teknologi dan aplikasi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Meningkatkan Literasi Kewangan Berkaitan Aset Digital

Membangunkan program latihan dan kesedaran kewangan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang aset digital dalam kalangan komuniti.

Menawarkan Penyelesaian Kewangan Digital yang Inovatif

Mengembangkan penyelesaian kewangan yang inovatif dan berkesan menggunakan teknologi blockchain untuk memenuhi keperluan komuniti.

Mempromosikan Keusahawanan e-Dagang Sosial

Mewujudkan platform dan ruang keusahawanan e-dagang sosial dalam kalangan komuniti bagi memastikan kebolehpasaran produk hingga ke peringkat antarabangsa.

Team

Our Dedicated

Team

Temui pasukan profesional kami yang berdedikasi dalam memacu inovasi pertanian.

Dr. Muhammad Redza Omar

Chairman See More

Jaslan Misran

Deputy Chairman See More

Haji Ahmad Syakir Haji Yahaya

Treasurer See More

Kamarul Hisham Azim

Accountant See More

Hj Mohd Apandi Ibrahim

Agriculture Advisor See More

Ag Ramlee Hj. Ag Musa

SABAH Chapter See More

Siapakah yang bakal menjadi anggota kami?

Potensi ahli koperasi kami merangkumi individu hingga organisasi, koperasi lain, dan entiti korporat.

Individu

Kategori ini merangkumi warga biasa yang terdiri daripada seluruh Kakitangan Kerajaan termasuk Anggota Polis & Tentera, petani, nelayan, orang awam disektor swasta, pelajar di Institusi pendidikan awam & swasta, ahli persatuan, NGO dan komuniti yang berminat untuk menyertai koperasi kami bagi mendapatkan manfaat dari perkhidmatannya, seperti e-dagang sosial dan beberapa aktiviti pertanian berteraskan inovasi serta digital.

Organisasi

Kategori ini termasuk pelbagai jenis entiti seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), PKS Mikro, usahawan muda, dan organisasi bukan keuntungan (NGO). Organisasi mungkin menyertai koperasi kami untuk menceburi e-dagang sosial bagi sektor pertanian, program pengeksportan produk keluar negara dan diversifikasi sektor pertanian.

Koperasi Lain

Koperasi yang sedia ada dalam pelbagai sektor juga boleh menjadi ahli koperasi kami. Mereka boleh bekerjasama dengan kami untuk sokongan bersama, perkongsian sumber, atau meneroka peluang baru dalam ruang e-dagang sosial serta teknologi digital. Koperasi ini mungkin termasuk koperasi pertanian, koperasi pengguna, atau koperasi kredit sedia ada.

Entiti Korporat

Entiti korporat yang lebih besar, termasuk syarikat multinasional, institusi kewangan, dan firma teknologi dari Malaysia, Pesisir Pantai dan Luar Negara mungkin mendapati nilai dalam menyertai koperasi kami. Mereka mungkin mencari peluang rakan kongsi, penyelesaian kewangan inovatif, atau akses kepada pasaran aset digital melalui platform entiti yang dipilih oleh koperasi.

Perancangan

Pelan strategik dirangka bagi memperkukuh daya saing dan memastikan pembangunan koperasi yang mampan.

Pemacu Kelestarian dan Inovasi Koperasi

Fokus utama adalah meningkatkan kapasiti, memperkukuh tadbir urus dan memastikan keberkesanan pelaksanaan inisiatif strategik yang menyokong pembangunan mampan koperasi.

Read More

Pelan Strategik

Menetapkan hala tuju jangka sederhana koperasi melalui objektif dan sasaran yang jelas dan terukur.

Transformasi Digital

Memacu adaptasi teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan koperasi.

Tadbir Urus Baik

Memastikan integriti, ketelusan, dan pematuhan dalam setiap aspek pengurusan koperasi.

Kelestarian

Menerapkan prinsip ESG dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti untuk masa depan mampan.

Call To Action

Sertai kami dalam mentransformasi sektor pertanian melalui inovasi dan teknologi digital. Bersama kita boleh membina masa depan yang lebih mampan dan makmur.

Contact Us

Contact

Contact

Us

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau peluang kerjasama.

Our Address

Kuala Lumpur, Malaysia

Email Us

admin@kipb.com.my

Call Us

+60 12-345 6789